Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH SKUAD BOLASEPAK MALAYSIA

GOALLLLLLLLLLLLL
GOALLLLLLLLLLLLL
GOALLLLLLLLLLLL...........


Arghhhh....sakit tekak SK? jerit selepas skuad MALAYSIA menjaringkan gol...Tahniah kepada skuad bolasepak MALAYSIA,tahniah kepada ketua jurulatih,tahniah kepada pengurusan pasukan,tahniah kepada pemain-pemain dan tahniah kepada penyokong setia pasukan MALAYSIA.
MALAYSIA akan berkunjung ke Stadium Gelora Bung Sukarno pada 29 DEC 2010 untuk perlawanan final pusingan yang ke-2.
SK? harapkan sokongan dan semangat pasukan MALAYSIA untuk menenggelamkan kemarahan skuad GARUDA yang sememangnya akan membalas dendam pada 29 DEC ini.
Apa yang SK? kesalkan di sini adalah pancaran LASER yang digunakan oleh penonton di stadium menuju kearah pemain-pemain di tengah padang.

SK? guna laser suluh ayam yang tidur di atas pokok

MALAYSIA vs INDONESIA SUZUKI CUP



"KEKALAHAN 1-5 kepada Indonesia tempoh hari sudah lama berlalu. Saya takkan fikir lagi kerana ia sudah tidak bermakna lagi. Lagipun Real Madrid pun boleh kalah 0-5 kepada Barcelona.

"Kami sudah melupakannya. Final esok (hari ini) merupakan perlawanan yang berbeza dan kami tidak takut dengan kekalahan 1-5 itu. Saya yakin barisan pemain muda kami akan melaksanakan tugas dengan baik."

Demikian jelas jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal sejurus tamat sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam sebagai persiapan terakhir sebelum menentang Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki 2010 malam ini.

Malaysia dibelasah 1-5 oleh Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan di Jakarta pada 1 Disember lalu tetapi ketika itu, kesemua lima gol tersebut bukan kerana kehebatan Indonesia tetapi hanya kesilapan individu oleh pemain pertahanan Malaysia.

"Saya mahu pemain beraksi seperti biasa saja tetapi dengan keyakinan dan penuh optimis untuk aksi final ini. Saya hanya mahu fikir dan tumpu kepada pemain dan pasukan saya, bukannya pasukan lain," tegas Rajagobal.

Namun sesi latihan tersebut hanya disertai 21 pemain kerana penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa pulang ke Kota Bharu untuk majlis resepsi perkahwinannya di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) malam tadi.

"Saya beri dia (Norshahrul) rehat sehari kerana ada perkara yang perlu diselesaikannya. Saya yakin ia tidak akan menganggu pasukan. Mungkin rehat ini lebih memberi ketenangan kepadanya. Dia akan kembali pagi esok (hari ini)," jelas Rajagobal.

Dalam pada itu, penyerang utama negara, Safee Sali tidak mahu terlalu memikirkan satu kad kuning yang dipegangnya ketika ini tetapi lebih memberi sepenuh fokus bagi menjaringkan gol buat Malaysia.

"Tak perlu nak main berhati-hati. Saya akan main seperti biasa dan harap tuah Bukit Jalil akan berpihak kepada saya sekali lagi seperti ketika menentang Vietnam bagi memberikan bekalan selesa ke Jakarta," kata Safee ketika ditemui selepas sesi latihan petang semalam.

Tiga pemain Malaysia iaitu Safee, Amirulhadi Zainal dan Mahalli Jasuli serta lima pemain Indonesia iaitu Cristian Gonzales, Oktovianus Maniani, Ahmad Bustomi, Muhammad Ridwan dan Hamka Hamzah perlu mengelak kad kuning agar tidak kempunan beraksi pada final kedua di Jakarta, Rabu ini.


SK? sedang menantikan perlawanan di depan tv...mari kita berikan sokongan padu pada pasukan negara

Saturday, December 25, 2010

DHAB OH DHAB...

Pernah makan dhab? Sebutan nya "dhob".

Dhab adalah sejenis biawak yang hidup di padang pasir .Ianya adalah tergolong dalam keluarga cicak Nama Inggerisnya Spiynd-taile lizasrd manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis. Selain itu juga dhab merupakan binatang yang berdarah sejuk yang tergolong dari kategori sejenis reptilia yang bertelur .Dhab adalah binatang herbivor yang mana ianya hanya memakan tumbuh-tumbuhan atau vegetarian.









Dhab adalah sejenis binatang yang halal untuk di makan oleh umat islam hal ini kerana terbukti dengan adanya dalil hadis pada zaman Rasullullah saw yang membolehkan umat islam memakannya.Sebagaimana sabda rasulullah saw :

Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab?lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.

Di samping itu juga , biawak pasir (dhab) ini terkenal di kalangan masyarakat arab dan ianya merupakan sejenis makanan kebiasaan mereka kerana dhab ini senang di dapati atau di perolehi oleh mereka .Bagi masyarakat arab, mereka sudah lama mengetahui khasiat atau kelebihan dengan memakan atau menggunakan apa-apa yang diperbuat darinya iaitu binatang dhab ini fungsinya dapat meningkatkan tenaga batin dengan mengamalkan memakannya.

Bagi masyarakat di Malaysia atau sesetengah negara lain mungkin ramai orang yang tidak mengetahui atau mengenali dhab secara lebih dekat apatah lagi memakannya pula.Hal ini mungkin kerana sebelumnya belum ada pihak-pihak tertentu menperkenalkannya atau penghasilan sesuatu barangan atau produk darinya.

Oleh itu binatang dhab ini hanya lebih dikenali sekadar masyarakat arab dan orang-orang tertentu sahaja yang pernah melawat kesana dengan mengetahui khasiatnya.Akan tetapi kini kebanyakkan rakyat Malaysia sudah mengenalinya disebabkan sesetengah rakyat kita membawa dhab pulang apabila kembali dari tanah arab.Selain itu juga ada yang telah menghasilkan minyak dhab dengan kemahiran tersendiri.

SK? teringin untuk mencuba daging dhab.. :)


refer:

http://drishak69.blogspot.com/2008/10/dhab-halal-untuk-di-makan.html











FESYEN ZAMAN SEKARANG...

Entry SK? kali ini nak bicara sedikit tentang apa yang kita lihat di sekeliling kita hari ini.
Trend fesyen
perempuan muslim zaman sekarang yang agak menyimpang..Cantik hanya pada luaran untuk tatapan..


"Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) "
Hadith - Sahih Muslim, #6840, Narrated Abu Hurayrah

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).






"Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta (bonggol)"







"berpakaian bagaikan bertelanjang"






Akak oi,apa fesyen nih? siap posing yang tak tahan tu.Jangan lah kita syok sendiri bila berpakaian dan berfesyen.Tak salah kalau nak cuba gaya baru,tetapi kita ada agama hormatilah kesucian agama.Siapa lagi yang nak jaga,kita sebagai umat-NYA.
Ada sebabnya mengapa Allah melarang kita melakukan sesuatu perkara.
Kalau kita fikir kembali semuanya adalah untuk kebaikan kita.


Islam itu mudah dan indah.Jaga kesucian Islam.
SK?