Wednesday, April 20, 2011

Mencuri harta dalam kubur..

Pencuri terdesak gali kubur


kubur mendiang Ah Chow di Tanah Perkuburan Kristian Sungai Chua, Kajang yang digali pencuri semalam.


KAJANG – Bagaikan sudah terdesak, ada penjenayah sanggup masuk ke tanah perkuburan dan menggali kubur untuk mencuri barang-barang berharga yang ditanam bersama si mati.
Kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Kristian Sungai Chua di sini apabila sebuah kubur di situ menjadi sasaran penjenayah.
Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari penjaga tanah perkuburan itu pada pukul 8 pagi semalam apabila dia yang baru sampai ke situ untuk melakukan kerja-kerja rutinnya ternampak sebuah kubur di situ telah digali.
“Keranda Liew Ah Chow, 64, yang dikebumi pada 8 April lalu diselongkar tetapi mayat si mati tidak diusik,” kata beliau.
Menurut beliau, penjaga kubur itu kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada ahli keluarga si mati.
“Keluarga si mati yang memeriksa keranda itu mendapati semua barang berharga yang dimasukkan dalam keranda itu lesap.
“Antara barang-barang yang hilang seperti telefon bimbit, jam tangan, dua bentuk cincin dan wang tunai kira-kira RM101,” kata beliau.

Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulan ?

Bernikah 20 Mac 2011, 4 bulan sudah hamil ?

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
sahar_musthafa@yahoo.com

KRIS Dayanti dan Raul pada majlis pernikahan mereka di Jakarta pada 20 Mac lalu.


JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.
Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.
“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.
Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.
Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.
Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.
“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.


SK? -  buang dosa,ingat pahala

Friday, April 8, 2011

Heliza Helmi - Cuma Aku



lagu comel , video comel dan orang nya pun comel kan ?
jom layan sama-sama..
lagu ciptaan heliza sendiri


Thursday, April 7, 2011

MISS MALAYSIA PAHANG 2010 ?

 
SK? hairan dan pelik, macam mana  la event seperti ini boleh 
di adakan..
kenapa di namakan MISS MALAYSIA PAHANG?
kenapa bukan MISS BAPUK MALAYSIA PAHANG ker?
walau apa pun nama acara ni,SK? langsung tak setuju program seperti ini di adakan..
secara tak langsung di adakan program seperti ini,kita bukan sahaja menggalakkan GOLONGAN ini 
bertambah ramai dan berleluasa ke peringkat yang lebih luas..
kesan nya pada negara seperti kita yg majoriti menganuti agama Islam sangat lah negatif..
sakit perut SK? tengok video ni,dengan adegan dan pakaian yang tak senonoh, walaupun mereka ini 
golongan lelaki yg tak berapa sejati..
kalau ada yang dah buang SENJATA tu tak tahu la nak cakap apa..
kelakar pu ada,siap mengaku mendapat galakan daripada ibubapa,adik-beradik dan tak lupa 
juga si SUAMI!!
kak Noraniza Idris pun ada,siap bagi komen lagi...
"mereka cukup bagus dan ada pakej...."
PAKEJ?
akak nak ker anak akak jd macam mereka ni?
huhu...korang nilai la sendiri..
kita doakan MEREKA ini ikut jalan yang diredhai ALLAH SWT..