Saturday, May 14, 2011

SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA 2011 – RED GIANT TUMBANG DI GELANGGANG SENDIRI..

Kelantan melangkah sebelah kaki ke Perlawanan Akhir Piala FA 2011 selepas MEMBELASAH 
Selangor 5 – 1 di Stadium keramat Selangor iaitu Stadium Shah Alam.

Pada perlawanan tersebut Kelantan bermula garang setelah Sayap Berbisa Kelantan, Nurul Azwan Roya nyaris membuka tirai jaringan pada minit ke – 2 namun sepakannya terkena tiang gol pasukan selangor.
Kelantan tidak menunggu lama untuk berada di depan setelah Ramzul Zahini Adenan berjaya menjaringkan Gol Pertama Kelantan pada minit ke 10″

Pada minit ke 19″ pula Azwan Roya sekali lagi mampu untuk menambah jaringan namun sepakannya sekali lagi terkena tiang gol pasukan Selangor.

Gol kedua kelantan akhirnya menjelma pada minit ke 40″ selepas Ramzul menyempurnakan hantaran cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha untuk memberikan Kelantan selesa mendahului 2 – 0

Seakan tidak cukup dengan 2 gol, Kelantan menambah derita pasukan tuan rumah dengan jaringan ke 3 menerusi Kapten Kelantan Badhri Radzi atau Piya pada minit ke 43″.

Tamat Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan selesa mendahului dengan gol 3 – 0.
Bersambung babak kedua, Kelantan sekali lagi mampu menambah jaringan menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi tetapi sepakannya kemas kedakapan Penjaga Gol Selangor iaitu Saiful Amar Sudar.
Minit ke 57″ pula Tendangan pemain sayap Selangor Amirulhadi Zainal di selamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Minit ke 65″ Giliran nor shahrul idlan talaha pula menambah jaringan namun sepakannya tersasar.
Gol ke empat Kelantan akhirnya menjelma juga pada minit ke 67″ menerusi pemain sayap lincah Kelantan iaitu Nurul Azwan Roya dan tidak cukup dengan itu Shahrul Idlan Talaha menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol ke lima kelantan pada minit ke 71″.

Minit 90″ Amri yahyah menjaringkan gol saguhati kepada penyokong Selangor.

Tamat Perlawanan Selangor 1 – 5 Kelantan.
* Dianggarkan Penyokong Kelantan 40 ribu dan Penyokong Selangor 20 ribu di stadium shah alam.
* Separuh Akhir Kedua akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed Ke IV pada 16 Mei 2011.



Perlawanan lain antara Pahang bertemu Terengganu pula berkesudahan Terengganu atasi Pahang 3-2..

SK? - Happy KELANTAN menang!

Thursday, May 12, 2011

JIJIK SUNGGUH ! LUDAH DALAM MINUMAN/MAKANAN

JIJIK SUNGGUH !
sanggup mereka meludah pada air/makanan untuk disediakan/dijual pada orang lain..
tidak rasa bersalahkah mereka ini?
Saya dulu pun pernah bekerja part time dalam penyediaan makanan,tapi
tidak pernah terlintas/tergamak melakukan perbuatan tersebut,
walaupun rasa sakit hati dengan pelanggan..


Menurut kata sumber-
Peniaga sedang meludah air liurnya kedalam setiap bungkusan Soya yang dijual. 
Lokasi Kejadian : Depan Maybank Bangi & Shell Bangi. Minta dijauhkan dari kita semua peniaga yang hati kotor mcm ni.



Menurut kata sumber-
Seorang pembantu rumah Filipina meludah dalam masakan yang dimasak utk majikannya kerana tidak berpuas hati dgn majikannya. Kantoi dalam CCTV.

SK? - Minta dijauhkan daripada makanan yang tidak bersih ..SK? lebih suka makan dan minum yang di hidangkan sendiri..terjamin..

Wednesday, May 11, 2011

ALLAHU AKBAR...SULTAN KELANTAN YANG SEDERHANA DAN BERJIWA RAKYAT...

SK? hanya nak berkongsi bersama tentang Sultan Kelantan - V.
Seorang pemerintah yang sangat sederhana dalam pemakaian,
sederhana dalam ucapan dan mudah berdamping dengan rakyat jelata..



 
video ni sebelum baginda tuanku menjadi Sultan Kelantan lagi..
dalam video ini baginda bertitah, mengucapkan berbanyak terima kasih
pada rakyat jelata yang tidak henti berdoa pada ayahanada baginda Sultan Kelantan ke-1V,
yang pada ketika itu sedang gering..

Baru-baru ini,baginda bertitah untuk menukar kan laugan DAULAT TUANKU kepada
ALLAHU AKBAR..
kenapa baginda berbuat demikian?
jawapan nya ada DISINI.

SK?- Bangga menjadi rakyat di bawah naugan baginda..ALLAHU AKBAR

MELAWAN GRAVITI ? ORANG TERAPUNG SAMBIL MENAHAN TANGAN DI BANGUNAN ?

Percaya tak dengan gambar ni?
Hebat betul kan dia boleh terapung sambil menahan pada bangunan..
korang rasa magik ke ni ?
korang rasa betul ke dia boleh buat macam ni?









Hahaha...yang sebenarnya semua ni helah jer..
korang tengok pada gambar bawah ni..
rahsia dia ada pada anak panah tu...


dia menggunakan lengan palsu sebagai penyokong yang dihubungkan pada tubuh nya..
nak tahu lebih lanjut boleh buat carian  Johan Lorbeer..
dia merupakan seorang ''street permorfer'' yang terkenal di Jerman..