Friday, January 14, 2011

NANTIKAN FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA !




Kagum sungguh,bila SK? tengok trailer untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa nih.
Filem epik terbitan KRU Studios arahan Yusri Abdul Halim ni sudah pun berjaya menarik minat sejumlah pembeli antarabangsa semasa berlangsungnya program pasaran filem dari 11 Februari hingga hari ini walaupun filem itu belum selesai proses produksinya

Hebat kan?

Antara negara yang bersetuju untuk membeli hak pengedaran filem HMM ialah United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara Asia Barat.

Hebat lagi kan?

Filem epik yang menelan kos penerbitan RM8 juta ini akan turut terlibat dengan promosi pada program pasaran filem antarabangsa lain seperti Hong Kong Film Market, Cannes Film Festival dan American Film Market nanti.

Filem HMM ditulis oleh Amir Hafizi.

SENARAI PELAKON

Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)


Sinopsis filem :
Mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

HMM - Hikayat Merong Hahawangsa


SK? tak sabar nak menonton HMM di pawagam nanti...
mmm..best best


Wednesday, January 12, 2011

BENCANA MINIMATA : PENCEMARAN MERKURI



SK?- Akibat daripada kelalaian dan kerakusan manusia, orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Kesian sungguh apabila tengok video bencana Minimata nih..
Mangsa yang da terkorban pun ramai..
huhu...nak tau lebih lg korang tanya la en. google
Berdoa untuk kesejahteraan..

FASHION IDOL?


Cantik tak?
Bila seorang lelaki berpakaian perempuan?
huhu...

Tuesday, January 11, 2011

BUAH NAKO?






SK?- Said,Wok Yoh dan Samad meme lucu.

INGAT SOLAT...



SK?- Dalam kita sibuk atau leka,jangan kita lupakan solat..
ingatan untuk bersama

TERKENTUT....



SK?- Hahahahaaha..
mesti korang gelak-gelak kan?
mesti ada yang pernah alami cam nih?
huhu...

QUNUT PANJANG ATAU PENDEK?



SK?- Adoi...sesat cam nih..huhu
belajar lah pada yang arif kalau tak tau..
Jangan pakai bedal jer...
huhu..
artis dari Singapor kalau tak silap kan?


SOLAT 5 RAKAAT?



SK?- Apa yang x betul, kita perbetulkan...
belajar tiada noktah....

HARI TANPA SELUAR PANJANG?

Hari tanpa seluar panjang di New York


SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York kelmarin.


NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.

Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.

Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.

Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.

Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook. - Agensi




SK?- Per yang diorang dapat daripada buat bende pelik-pelik cam nih?
Jangan la bawak budaya ni ke Malaysia..
Dan jangan la kita mudah terpengaruh dengan perkara cam nih..
Banyak bende lain lagi yg boleh kita buat dan mendapat faedah bersama...
:~

SIAPA SEBENAR MONA LISA?

Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa


POTRET gambar Mona Lisa yang dilukisLeonardo da Vinci.


ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.

Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.

"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.

Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.

Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.

"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya. - Agensi


SK?- Siapa pula Mona Fendi?

:)

ADOI...PE NI?

Perang siber kerana Ana Raffali


ANA RAFFALI bersama trofi juara lagu pada AJL25 kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kemenangan Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) anjuran TV3 kelmarin ternyata kurang disenangi sesetengah pihak.

Selain tindakan penonton yang terus meninggalkan Stadium Putra Bukit Jalil sebaik sahaja lagu berkenaan diumumkan sebagai pemenang, terdapat banyak komen yang mempertikaikan pemilihan lagu itu dalam blog tempatan.

Ada yang menulis lagu itu membosankan, tidak ada daya penarik selain tiada kekuatan yang diperlukan untuk diangkat sebagai juara.

Rasa tidak puas hati itu mendorong pihak tertentu melepaskan rasa tidak senang mereka di Internet termasuk mewujudkan akaun Facebook dengan menggunakan nama 'Kami Tidak Bersetuju Ana Raffali Menang AJL25'.

Kosmo! sempat memetik beberapa kritikan daripada akaun Facebook itu seperti 'Ana Raffali menyanyi sambil menguap tak sedap langsung', 'Tolong Ingatkan Aku? Memang aku tak nak ingat dia yang menang', 'Aku tak kisah orang lain tetapi kenapa Ana Raffali' dan 'Ana Raffali penyanyi syok sendiri suara tak sedap dan lagu entah apa-apa.'


SK?- kenapa ni? ada lagi yang tak puas hati?

adakah juara lagu ini adalah pertandungan menerusi sms atau undian penonton?

Pihak juri lebih arif untuk menilai siapa yang lebih layak menang.

mungkin peminat Ana Raffali tidak seramai peminat Faizal Tahir..

mungkin peminat Ana Raffali tidak seramai peminat Yuna...

mungkin peminat Ana Raffali tidak seramai peminat Black...

So, pemenang nya bukan lah ditentukan oleh KAMU semua wahai peminat yg syiok....
SOKONG INDUSTRI HIBURAN BUKAN HENTAM INDUSTRI

ANA RAFFALI

SK? nak kongsi bersama lagu pilihan daripada Ana Raffali.
one of my favorite song by Ana..


JUARA LAGU

Ana mohon diberi peluang




SEBELUM berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25), pastinya ramai yang tidak menyangka bahawa lagu Tolong Ingatkan Aku mampu mengetepikan cabaran 13 buah lagu lain yang bertanding.

Tidak dinafikan, lagu nyanyian Ana Raffali itu sebenarnya langsung tidak memasuki senarai lagu yang boleh memberikan saingan hebat untuk AJL 25 kerana ramai pihak yang lebih bertumpu kepada pertembungan sengit yang membabitkan penyanyi seperti Yuna, Faizal Tahir dan Black.

Apa yang turut menjadi tumpuan apabila Ana berjaya menyingkirkan penyanyi yang menjadi pilihan ramai untuk bergelar juara iaitu Faizal Tahir yang sekadar meraih anugerah kategori persembahan terbaik menerusi lagu Hanyut.

Bagaimanapun, keputusan telah dibuat oleh barisan juri yang dilantik dengan memilih lagu nyanyian dan ciptaan Ana Raffali, meskipun ia mencetuskan sedikit kontroversi hingga menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.

Bercerita mengenai kejayaan yang dikecapinya itu, Ana sendiri mengakui sangat terkejut sebaik sahaja namanya telah diumumkan sebagai pemenang pada malam itu.

Menurutnya, tidak terdetik di hatinya langsung untuk bergelar juara memandangkan kesemua lagu yang bertanding pada AJL 25 sangat hebat dan memiliki kekuatan masing-masing.

“Ini adalah satu kejayaan terindah yang pernah saya kecapi sebagai seorang penyanyi. Dapat menyertai AJL 25 adalah satu penghormatan terbesar, apatah lagi menjadi juara dalam pertandingan yang cukup berprestij ini.

“Saya sendiri masih tidak percaya dengan kejayaan ini. Namun, saya sangat bersyukur dan sudah tentu dengan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya bergiat lebih aktif dalam penciptaan lagu,” ujarnya yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Ketika diminta mengulas mengenai kemenangan lagunya yang dipertikai dan menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak, Ana berkata dia tidak kecewa dengan keadaan tersebut. Ujarnya, setiap orang ada hak masing-masing dan kemenangan yang diraih itu adalah keputusan yang dibuat oleh para juri.

“Saya sedar bahawa lagu saya ini tidak popular serta jarang diputarkan di radio dan bukan merupakan calon pilihan mereka. Namun, saya bersyukur kerana para juri telah memilih lagu saya ini.

“Lagipun saya masih baru dalam industri muzik tanah air dan ini merupakan penampilan pertama dalam anugerah juara lagu. Apa yang saya mahu lakukan adalah cuba untuk memikat hati para pendengar agar dapat menerima lagu-lagu saya selepas ini,” ujarnya.

Menurut Ana, dia juga berharap agar para pendengar di luar sana dapat memberi peluang kepadanya kerana dia juga mempunyai impian untuk mengangkat martabat muzik tempatan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Menyentuh mengenai lagu Tolong Ingatkan Aku yang diciptanya itu, Ana menjelaskan ia adalah sebuah lagu yang berkaitan sesuatu yang begitu dekat dengan dirinya dan peringatan supaya menghargai yang disayangi terutamanya keluarga dan rakan-rakan.

“Lagu ini juga turut mengingatkan saya kepada kakak saya yang telah meninggal dunia. Mungkin secara kebetulan, tarikh dia meninggal dunia adalah pada 9 Januari 2003 dan hari ini genap lapan tahun dia meninggalkan kami sekeluarga,” ujarnya.

Luahan hati

Muncul sebagai pemenang tempat ke-2, lagu berjudul Drama King nyanyian Black dan Meet Uncle Hussain menepati ramalan untuk merangkul salah satu kedudukan terbaik meskipun gagal untuk bergelar juara.

Pencipta lagu tersebut, Nik Mustaza Nik Mustapha atau Taja yang juga ketua kumpulan Meet Uncle Hussain menjelaskan, kejayaan lagu tersebut menjadi satu titik permulaan untuk dia menghasilkan lebih banyak lagu lagi selepas ini.

“Memang ada yang kata Drama King merupakan sebuah lagu berbentuk sindiran. Namun, lagu yang saya hasilkan adalah luahan daripada apa yang terbuku di hati dan saya luahkan melalui lagu ini.


ANA berkongsi kegembiraan meraih kemenangan besar pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 bersama Aidit Alfian yang diundang sebagai pemain gitar mengiringi persembahannya di pentas.


“Lagipun saya sendiri tidak meletakkan sebarang sasaran kerana apa yang saya mahukan pendengar rasa terhibur apabila mendengar lagu ini. Saya juga gembira kerana Black memberi kerjasama yang erat sehingga dapat menyampaikan lagu ini dengan baik,” ujarnya.

Menurut Taja, dengan kejayaan tersebut juga, dia tidak menolak kemungkinan untuk terus menjalinkan kolaborasi dengan Black selepas ini. Namun, setakat ini mereka masih lagi berada di tahap perbincangan untuk projek yang akan datang.

Ujarnya lagi, buat masa ini juga Meet Uncle Hussain belum bersedia untuk mencari penyanyi tetap dan lebih selesa menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi seperti Black dan Hazama.

Sementara bagi Black pula, meskipun lagu nyanyiannya itu berjaya mendapat tempat kedua, namun dia sedikit kecewa apabila tidak dapat mempertahankan anugerah kategori vokal terbaik yang dimenanginya tahun lalu.

Ujarnya, dia menyedari bahawa terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan sewaktu menyampaikan lagu Drama King dan Sofea Jane sehingga terlepas gelaran tersebut.

“Bagi saya siapa yang membuat kesilapan pasti akan kecundang dan ternyata rezeki tidak memihak kepada saya. Biarpun gelaran berkenaan memihak kepada Hafiz, tetapi saya berpuas hati dengan persembahan saya malam ini,” ujarnya.

Kecederaan di leher

Pastinya ramai yang sudah mengetahui bahawa beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL 25, pelantun lagu Noktah Cinta iaitu juara Akademi Fantasi musim ketujuh (AF7), Hafiz telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Selain keretanya yang remuk, dia juga turut mengalami kecederaan di leher.

Bagaimanapun, satu pujian harus diberikan kepada penyanyi tersebut kerana masih lagi mampu untuk membuat persembahan terbaik pada malam kemuncak. Usahanya juga tidak sia-sia apabila mendapat tempat ketiga serta merangkul anugerah vokal terbaik.

“Saya tidak mahu kemalangan yang terjadi itu menjadi punca saya tidak dapat membuat persembahan yang baik. Apa yang saya fikirkan semasa berada di pentas adalah terus fokus kepada persembahan tanpa memikirkan sebarang kesakitan yang dialami.

“Akhirnya, apa yang saya usahakan dalam tempoh tiga minggu ini telah membuahkan hasil. Biarpun hanya berjaya meraih tempat ketiga, tetapi itu sudah menjadi kepuasan kerana berada di pentas AJL juga adalah kebanggaan buat diri saya,” ujarnya.

Menurut Hafiz, selain mengakui agak terkejut dengan kejayaan tersebut, apa yang paling tidak disangka sama sekali adalah kejayaan meraih anugerah bagi kategori vokal terbaik.

Tambahnya, dia sedar bahawa sememangnya dia bukanlah calon pilihan untuk kategori tersebut. Namun, rezeki ternyata berpihak kepadanya apabila berjaya mengetepikan calon pilihan sebelum ini iaitu Black.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kekuatan lagu Noktah Cinta yang dicipta oleh Ajai dan Shah Qalam itu, Hafiz menjelaskan lagu berkenaan mempunyai kekuatan dari segi melodi dan liriknya.

“Lagu ini telah dicipta oleh komposer yang sememangnya dikenali ramai dan berpengalaman luas. Maka sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikannya dengan baik agar dapat menarik minat juri untuk memilih lagu ini,” ujarnya yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM22,000.

Elemen drama


KEMENANGAN Ana Raffali yang berjaya mengetepikan barisan lagu nama-nama popular penggiat muzik yang bertanding pada AJL kali ini menimbulkan perdebatan hangat di kalangan peminat muzik tanah air.


Sudah berusia 25 tahun, AJL yang dianjurkan oleh TV3 masih lagi diminati ramai dan kekal sebagai sebuah acara yang mengangkat martabat industri nyanyian di negara ini.

Saban tahun, semakin banyak pembaharuan yang cuba dilakukan biarpun adakalanya pernah menimbulkan sedikit kontroversi dan salah faham seperti yang dialami pada tahun lalu.

Penerbit AJL 25, Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam berkata, sepanjang terbabit dalam penganjuran anugerah juara lagu, dia menyifatkan bahawa AJL 25 adalah paling mencabar sekali untuk dianjurkan.

“Untuk anugerah juara lagu kali ini, ia membabitkan banyak penggunaan teknologi yang terkini. Malah, kami juga ada menggunakan teknologi yang baru pertama kali digunakan di Malaysia.

“Selain itu, kami juga hanya sempat melakukan dua kali raptai sebelum acara sebenar berlangsung. Apa pun kami telah lakukan yang terbaik dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kru yang telah bekerja keras,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai terlalu banyak elemen drama yang ditampilkan sehingga menimbulkan kritikan, Gbam menjelaskan bahawa pihaknya sekadar memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh peserta.

Ujarnya, keputusan mengenai bentuk persembahan yang ingin dilakukan pada acara tersebut adalah bergantung kepada peserta itu sendiri dan tidak menyangka elemen drama semakin menjadi pilihan penyanyi yang bertanding pada kali ini.

Selain ketiga-tiga lagu berkenaan, antara lagu yang layak ke final AJL 25 adalah Cinta Sempurna (Yuna), Berlari (Tomok/Shazee Ishak), Pelita (A.P.I/Loque), Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir/Edry Abdul Halim), Selamat Malam (Faizal Tahir/Audi Mok) dan Ku Ada Kamu (Adira/Edry Abdul Halim).

Turut menjejak kaki ke AJL 25 adalah lagu Extravaganza (Bunkface/Sam Bunkface), Sofea Jane (Black/Sham Kamikaze/Iswandy/Farril), Hanyut (Faizal Tahir/Audi Mok), Jahat (Stacy/Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan).

Sementara barisan para juri pula adalah terdiri daripada Habsah Hassan, Hasridz Murshim Hashim @ Acis, Azmeer, Amy Search, Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas @ Pacai, Andy Flop Poppy dan M. Nasir selaku ketua juri.


SK?- saya peminat Ana Rafali sebelum beliau jadi artis rakaman lagi.

Beri peluang untuk artis muda mencipta revolusi hiburan tanah air kita.

Monday, January 10, 2011

VOKALIS MAROON 5 BERBOGEL ?

Adam Levine berbogel

VOKALIS grup Maroon 5, Adam Levine baru-baru ini mengejutkan peminatnya apabila dia berbogel dalam majalah Cosmopolitan UK untuk keluaran Februari ini. Gambar tersebut menunjukkan Adam berbogel dengan kemaluannya ditutup oleh tangan kekasihnya, Anne Vyaliysina.

Namun Adam bukan berbogel tanpa sebab atau sekadar mahu meraih publisiti murahan.

Sebaliknya dia berbuat demikian untuk meningkatkan kesedaran khalayak tentang barah prostat dan testikular.

Ulas Adam tentang pemotretan tersebut: "Sebenarnya saya menghabiskan kebanyakan masa dengan berbogel. Ramai yang rasa tindakan saya sebagai kurang sopan. Tapi saya tinggal di California yang cuacanya selalu panas. Jadi apa salahnya saya berbogel."




SK? - Perlukah berbogel untuk tingkatkan kesedaran?