Saturday, December 25, 2010

DHAB OH DHAB...

Pernah makan dhab? Sebutan nya "dhob".

Dhab adalah sejenis biawak yang hidup di padang pasir .Ianya adalah tergolong dalam keluarga cicak Nama Inggerisnya Spiynd-taile lizasrd manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis. Selain itu juga dhab merupakan binatang yang berdarah sejuk yang tergolong dari kategori sejenis reptilia yang bertelur .Dhab adalah binatang herbivor yang mana ianya hanya memakan tumbuh-tumbuhan atau vegetarian.









Dhab adalah sejenis binatang yang halal untuk di makan oleh umat islam hal ini kerana terbukti dengan adanya dalil hadis pada zaman Rasullullah saw yang membolehkan umat islam memakannya.Sebagaimana sabda rasulullah saw :

Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab?lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.

Di samping itu juga , biawak pasir (dhab) ini terkenal di kalangan masyarakat arab dan ianya merupakan sejenis makanan kebiasaan mereka kerana dhab ini senang di dapati atau di perolehi oleh mereka .Bagi masyarakat arab, mereka sudah lama mengetahui khasiat atau kelebihan dengan memakan atau menggunakan apa-apa yang diperbuat darinya iaitu binatang dhab ini fungsinya dapat meningkatkan tenaga batin dengan mengamalkan memakannya.

Bagi masyarakat di Malaysia atau sesetengah negara lain mungkin ramai orang yang tidak mengetahui atau mengenali dhab secara lebih dekat apatah lagi memakannya pula.Hal ini mungkin kerana sebelumnya belum ada pihak-pihak tertentu menperkenalkannya atau penghasilan sesuatu barangan atau produk darinya.

Oleh itu binatang dhab ini hanya lebih dikenali sekadar masyarakat arab dan orang-orang tertentu sahaja yang pernah melawat kesana dengan mengetahui khasiatnya.Akan tetapi kini kebanyakkan rakyat Malaysia sudah mengenalinya disebabkan sesetengah rakyat kita membawa dhab pulang apabila kembali dari tanah arab.Selain itu juga ada yang telah menghasilkan minyak dhab dengan kemahiran tersendiri.

SK? teringin untuk mencuba daging dhab.. :)


refer:

http://drishak69.blogspot.com/2008/10/dhab-halal-untuk-di-makan.html











FESYEN ZAMAN SEKARANG...

Entry SK? kali ini nak bicara sedikit tentang apa yang kita lihat di sekeliling kita hari ini.
Trend fesyen
perempuan muslim zaman sekarang yang agak menyimpang..Cantik hanya pada luaran untuk tatapan..


"Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) "
Hadith - Sahih Muslim, #6840, Narrated Abu Hurayrah

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).






"Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta (bonggol)"







"berpakaian bagaikan bertelanjang"






Akak oi,apa fesyen nih? siap posing yang tak tahan tu.Jangan lah kita syok sendiri bila berpakaian dan berfesyen.Tak salah kalau nak cuba gaya baru,tetapi kita ada agama hormatilah kesucian agama.Siapa lagi yang nak jaga,kita sebagai umat-NYA.
Ada sebabnya mengapa Allah melarang kita melakukan sesuatu perkara.
Kalau kita fikir kembali semuanya adalah untuk kebaikan kita.


Islam itu mudah dan indah.Jaga kesucian Islam.
SK?


MASIH HIDUP LAGI?





sambungan.....




sambungan........





SK? sangat sayang kan harta benda,lebih-lebih lagi yang berharga..

Friday, December 24, 2010

KUCING GEMUK..SUPER CAT

Comel tak kucing nih?
GERAM betul kucing gemuk nih....


Gambar ini di ambil pada 16 Febuari 2006.Tuan punya kucing nih, Xu Jirong yang berasal dari daerah Shandong,China.
Menurut Xu, kucingnya seberat 15 kg dan ukuran 77 cm.
Kata Xu lagi,kucing nya ini tidak makan ikan.
Diet harian kucing ini ialah sekeping roti kukus, semangkuk hati ayam dan daging babi..





SK? suka belai kucing,tapi tak sukakan bau tahi dan air kencing kucing.
boleh muntah dan pening....
Korang larat tak nak dukung kucing ni?huhuhu...

KUCING MAKAN KUCING.............Sungguh ker?



kenapa ibu kucing makan anaknya?
SK? pun tak tahu kenapa?
Tapi SK? rasa ibu kucing ni makan anaknya kerana dia sangat-sangat lapar selepas berpuasa sebelum melahirkan anak nya...huhu tak tahu la..hanya andaian sahaja..

MAKAN KATAK HIDUP......Sungguh ker?

Seorang lelaki berasal dari daerah Jiangxi,China telah mengamalkan makan katak dan tikus hidup selama 40 tahun menjadikan nya kuat dan hindar daripada penyakit usus.

Jiang Musheng.66 telah menderita penyakit dalaman perut dan batuk sejak berumur 26 tahun, sehingga seorang lelaki tua mencadangkan nya memakan 3 ekor katak sebagai cara mengubati penyakit nya itu.

Sehingga kini dia masih mengamalkan diet memakan anak tikus dan katak hijau,dan kadangkala sampai 20 ekor tikur untuk satu hari..




SK? geli pegang katak....

Thursday, December 23, 2010

Siapa Hanis Zalikha?

SK? kali ni nak kongsi cerita tentang seorang blogger yang meletop ni.Pemilik nama Hanis Zalikha telah disenaraikan orang ke 6 daripada 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia.Cara penulisannya membuatkan seseorang leka membaca blog beliau.


Hanis Zalikha Atasi Siti Nurhaliza - Harian Metro


SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.

Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).

Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan.


Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai ‘misteri’ hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

“Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.

“Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia adalah disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,” kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.

Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha berpendapat maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.

Katanya, mungkin enjin carian Internet itu adalah salah satu medium daripada pelbagai saluran yang digunakan peminat penyanyi berkenaan untuk mengetahui perkembangannya.

“Berbanding diri saya, memanglah tidak popular seperti penyanyi pujaan ramai itu tetapi terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari,” katanya yang mempunyai 14,929 pengikut di blognya.

Bercerita mengenai dirinya, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Kedua-dua bidang yang penuh glamor itu juga bukan impian sebenar saya kerana cita-cita mahu bergelar seorang ahli perniagaan berjaya pada suatu hari nanti,” katanya yang pernah mendapat tempat kedua pertandingan Malaysian Dreamgirl dua tahun lalu.

Mengenai laman blognya, Hanis Zalikha berkata, dia sengaja mewujud blog kerana meminati bidang penulisan dan menjadikannya medan untuk bercerita mengenai kehidupan seharian dan pengalamannya serta berkongsi tips kecantikan dengan sesiapa yang berminat.

Dia yang mendapat tajaan pengajian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam turut berkongsi kecemerlangannya dalam pelajaran dengan memberi tips berguna.


>10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

sumber artikel : Harian Metro (Ahad, 19 Disember 2010)

ACAI BUAH YANG MENAKJUBKAN,,,,,Sungguh ker?



SK? pun minum jus buah Acai nih...lebih detail boleh visit link nih
http://jusacaimonavie.blogspot.com/

EBIET G.ADE

SK? kali ni nak kongsi cerita sket tentang seorang seniman yg bernama Ebiet G.Ade.
Ebiet adalah salah seorang penyanyi faveret saya.

Ebiet terkenal kerana lagu-lagunya yang bertemakan alam sekitar dan penderitaan golongan tersisih. Dengan lagu-lagunya yang ber-genre balada, pada awal kerjayanya, beliau 'memotret' suasana kehidupan Indonesia dari akhir tahun 1970-an hingga sekarang. Tema lagunya beragam, tidak hanya tentang cinta, tetap ada juga lagu-lagu bertemakan alam, sosio-politik, bencana, agama, keluarga, dll. Sentuhan muziknya dapat mendorong pembaharuan pada dunia muzik pop Indonesia. Kebanyakan lagunya ditulisnya sendiri, beliau tidak pernah menyanyikan lagu yang dicipta oleh orang lain, kecuali lagu Mengarungi Keberkahan Tuhan yang ditulis bersama dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Ebiet pernah berduet bersama M.Nasir sebagai artis undangan pada Konsert Akar.
Satu lagi yang menarik tentang Ebiet ialah beliau jarang menyanyi dengan berdiri di pentas.Ebiet lebih senang memetik gitar sambil duduk di kerusi..

Jom kita layan video Ebiet..





MAGHI BLAJA KECEK KLATE


Bokbong - spesis musang

Ttuyup - pepatung

Pok Kor = spesis mengkarung

Ike Kkhonge = ikan cencaru

Gelenyar, Gletah = mengenyam, gedik

saksoba = Absorber

Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)

Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)

mokte = rambutan

kuk/kok = sekeh

njja = tendang

samah = 50 sen

nyaknyo = kesian

bbaloh = kelahi

Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))

debe = berani gilerr

Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)

Tohok = buang

rhukah = panjat

Ghohok = susah, payah

hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)

cuwoh = curah

getek/etek = juga

tepoh = langgar

tubik = keluar

SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry,be happy!!!

IDAK KO = cuma

WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)

DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun

Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)

Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)

belengas = melekit

klikpah klikpah = terpinga pinga

lipotey = x tetap duduk

nneting = melantun



Kelantan + English?? = "Kelantalish"

Contoh:

POZEK (deposit),

RIZAT (result),

NNEJA (manager),

ISTEK (estate),

SUWIH (switch),

MERKET (market), dll...

BOKK (book)

rhoba (rubber)pemadam



Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manis LLETING

masin PPEGHAK

pahit LLEPE

mase PPUGHIK

tawar EBER

putih SSUEH

hite LLEGE

biru KKETU

kuning NNEHE

kenye BBONYAH

comel LLOTE

gemuk DDEBOK

busuk BANGA

hapok KOHONG

nnakut/penakut apah

cerhoh/cerah jheriloh

jatuh celabok

kuca hanya (suara mengidung sedikit)



Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..

Antaranya:

YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"

DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",

GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."

PAH? = lebih kurang "GAK"

HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"

DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"

LAMO KE = nanti kan



Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...Yang popular digunakan antaranya:

CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa

maksud "basuh b***k" (istinja).

PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'.

Mencarut bagi mereka...

JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain maksudnya.

NYOR KOTE : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair"

(ingat slogan CAWAT KOTE) di kebanyakan

tempat, ianya mencarut juga!!

TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...)

AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.

NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan...cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...

SUKU SAKAT : bagi kita, bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje)membawa erti janda kalu di kelantan.

SIA = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an', 'am', 'ang' diganti dengan `e'. cth :

Jangan = jange

Lengan = lenge

ayam = aye

Geran = gere,

Pisang = pise

Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER

apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)


Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh,

Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya

disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!

Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA

(useless).Atau keliru diantara KECEK('ngenen') dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan

sprt :make kkeda (makan di kedai)
maye ssejid (sembahyang di masjid)