Saturday, May 21, 2011

MELAMAR DALAM PANGGUNG WAYANG



Melamar kekasih dengan filem sendiri


MATT STILL melutut di depan Ginny Jioner untuk melamarnya di dalam sebuah pawagam di Atlanta baru-baru ini.


ATLANTA - Seorang lelaki, Matt Still dari sini melamar kekasihnya di dalam panggung wayang yang menayangkan filem yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kekasih Still, Ginny Joiner pada awalnya dikatakan ingin menonton filem Hangover 2 di sebuah pawagam.
Dia tidak tahu bahawa reaksinya terhadap lamaran akan dirakam secara rahsia, selain ahli keluarga dan rakan-rakan mereka berada dalam panggung yang sama.
Dalam filem itu, Still berbual dengan bapa Ginny bagi memberitahu dia mahu berkahwin dengan anaknya itu.
Ginny berasa terkejut apabila melihat adegan tersebut.

Still kemudian melutut di hadapan Ginny sebelum menyarungkan cincin di jarinya.
Semua yang ada di dalam pawagam itu bersorak dan menangis kegembiraan.
Rakaman itu yang bertajuk Greatest Marriage Proposal EVER!!! yang dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube berjaya menarik setengah juta tontonan dalam tempoh hanya dua hari. –





Thursday, May 19, 2011

HAYUN GUNA MATA..

 


Ini bukan SILAP MATA atau MAGIC..

Ini adalah persembahan daripada guru Kung Fu, Feng  yg berasal dari Louyang,China.
memulakan persembahan setelah sedekad mempelajari teknik mengawal kesakitan,
yang mana salah satu latihan kung fu .

Feng gemar menghayunkan baldi berisi air dengan di cangkuk pada mata nya...

''Saya akan memusatkan kawalan 'chi' menjadi sebahagian dalam tubuh saya,melupakan 
kesakitan dan tiada luka.''-Feng

''Orang ramai melihatnya seperti silap mata,tetapi ia adalah latihan dan dedikasi yang memakan masa bertahun-tahun''-Feng


SK? - Minat Kung Fu Bruce Lee..


GADUH SUAMI ISTERI SEBAB GULAI DAN SINGGANG ?



Tuesday, May 17, 2011

KEGUNAAN KOTAK ROKOK.


 Apa kegunaan kotak rokok ?
para perokok di luar saya,da habis rokok tu jangan di buang kotak rokok..
ada guna nya kotak rokok nih..

anda boleh menampal luka pembedahan dengan kotak rokok nih..
haha..jangan buat pulak macam tu..hehe


SK? sebenarnya nak bercerita tentang seorang warga China ni,
Rao Jiacang..
akibat kesempitan hidup dan tiada wang untuk pembedahan,
dia menampal luka pada bahagian jantung dengan menggunakan
kotak rokok..
sungguh pun begitu dia masih boleh hidup sejak 10 tahun dia
menggunakan cara ini..

Namun sekarang, dia sangat terdesak untuk mencari penderma
untuk rawatan dan pembedahan yang lebih sempurna..





 
ukuran lubang 7.3 inch

sumber dan lebih info SINI

Sunday, May 15, 2011

PROPAGANDA IKLAN ROKOK























































Ini semua adalah iklan rokok dari negara Amerika sebelum tahun 90-an..
iklan rokok dulu banyak berunsurkan ghairah,macho,kehebatan dan macam-macam la..
sekarang mana ada lagi iklan rokok yg macam nih...