Tuesday, December 28, 2010

GADOH...

Salam sejahtera, entry kali ni SK? nak siarkan filem GADOH.Filem ini tidak di tayangkan di pawagam mahupun di kaca televisyen kerana mungkin menyentuh aspek sensitiviti kaum. Secara peribadi, SK? melihat filem ini penuh dengan mesej yang hendak disampaikan,tetapi di kuatiri sesetengah golongan tidak dapat menerima mesej yang disampaikan.Terutamanya, melalui ayat-ayat dialog nya :

“Saya paling tak suka dengan orang cina,
diaorang ingat diaorang bagus, pijak orang melayu…”


“Orang melayu tak hormat orang cina punya, kita terpaksa kerja kuat, nak hidup, nak belajar tinggi, takda duit macam mana nak berjaya!”

“Orang cina makan babi, pengotor, berak tak pernah basuh!”

“Melayu bodoh! Belajar tak pandai pun boleh masuk U!”

“Melayu suka complaint, selalu cari salah orang lain, salah sendiri tak nampak..”

“Orang melayu takda otak!”

“Orang cina masuk neraka”

“Diaorang tamak! Bangun pagi tak mandi pagi, badan bau busuk”


SK? suka akan jalan cerita nya yang ringkas dan tersusun. Apa yang menariknya mengenai GADOH ialah, ia menaikkan teater itu sebagai cara untuk menyekesaikan masalah pelajar yang bermasaalah di sekolah.Jarang kita dengar bukan?

Sinopsis
Gadoh memaparkan sekumpulan remaja yang sering bergaduh atas sebab perkauman. Keadaan persekitaran sosial mereka dan sistem sekolah dalam menangani masalah-maslah yang dihadapi mereka juga mendorong percetusan pergaduhan mereka.

Dengan kepercayaan bahawa perubahan boleh dicapai, seorang guru mendapatkan rakannya yang merupakan aktivis teater untuk mengatasi masalah kumpulan remaja tersebut.

Adakah masih ada harapan dalam kitaran diskriminasi yang meneyebelungi hidup kita?

Tontonilah Gadoh untuk memahami kisah mereka.

Movie Info:
Duration: 70 mins
Director: Brenda Danker, Namron
Producer: Anna Har
Production Company: Big Pictures Productions
Supported by Pusat KOMAS
Starring: Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
Language: Bahasa Malaysia with English/BM subtitles
Poster design by: Alexdrina Chong, Lucid Design Collaborative Studio

Official Home Page: komas.org/​gadoh/​

Gadoh from Pusat KOMAS on Vimeo.

No comments: