Sunday, January 16, 2011

MINUM AIR SUAM / AIR PANAS?


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi
berkenaan Serangan Jantung ......

Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan,
bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat
minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat
anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas
makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan
bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia
akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding mak
ana n pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat,
ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah
penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung Anda seharusnya mengambil tahu yang
petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi
jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum
pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.

Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang
terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun
dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri.
Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui
berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

No comments: