Saturday, December 25, 2010

DHAB OH DHAB...

Pernah makan dhab? Sebutan nya "dhob".

Dhab adalah sejenis biawak yang hidup di padang pasir .Ianya adalah tergolong dalam keluarga cicak Nama Inggerisnya Spiynd-taile lizasrd manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis. Selain itu juga dhab merupakan binatang yang berdarah sejuk yang tergolong dari kategori sejenis reptilia yang bertelur .Dhab adalah binatang herbivor yang mana ianya hanya memakan tumbuh-tumbuhan atau vegetarian.









Dhab adalah sejenis binatang yang halal untuk di makan oleh umat islam hal ini kerana terbukti dengan adanya dalil hadis pada zaman Rasullullah saw yang membolehkan umat islam memakannya.Sebagaimana sabda rasulullah saw :

Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab?lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.

Di samping itu juga , biawak pasir (dhab) ini terkenal di kalangan masyarakat arab dan ianya merupakan sejenis makanan kebiasaan mereka kerana dhab ini senang di dapati atau di perolehi oleh mereka .Bagi masyarakat arab, mereka sudah lama mengetahui khasiat atau kelebihan dengan memakan atau menggunakan apa-apa yang diperbuat darinya iaitu binatang dhab ini fungsinya dapat meningkatkan tenaga batin dengan mengamalkan memakannya.

Bagi masyarakat di Malaysia atau sesetengah negara lain mungkin ramai orang yang tidak mengetahui atau mengenali dhab secara lebih dekat apatah lagi memakannya pula.Hal ini mungkin kerana sebelumnya belum ada pihak-pihak tertentu menperkenalkannya atau penghasilan sesuatu barangan atau produk darinya.

Oleh itu binatang dhab ini hanya lebih dikenali sekadar masyarakat arab dan orang-orang tertentu sahaja yang pernah melawat kesana dengan mengetahui khasiatnya.Akan tetapi kini kebanyakkan rakyat Malaysia sudah mengenalinya disebabkan sesetengah rakyat kita membawa dhab pulang apabila kembali dari tanah arab.Selain itu juga ada yang telah menghasilkan minyak dhab dengan kemahiran tersendiri.

SK? teringin untuk mencuba daging dhab.. :)


refer:

http://drishak69.blogspot.com/2008/10/dhab-halal-untuk-di-makan.html











2 comments:

sazali yusof said...

buat rendang sedap ni.. hehe

http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/initiative-tragedi-kemalangan-bas.html

FIRDAUS HUSAIN / TUYUK said...

sedap hingga jilat jari nyum nyum