Thursday, December 23, 2010

SEMUTAR...




Semutar bermaksud pakaian kepala/ikat kepala bagi masyarakat Kelantan. Biasanya kain semutar menggunakan ikatan kain batik lepas. Pada masa kini pemakaian semutar amat jarang kelihatan terutama bagi generasi baru. Ia hanya kelihtan di pakai oleh pesilat-pesilat pulut dalam majlis-majlis sahaja.

Semutar Kelantan berbeza dengan tanjak atau tengkolok. Bisanya tengkolok atau tanjak dipakai oleh golongan atasan atau untuk majlis-majlis berperstij. Nama-nama tengkolok juga adalah lebih hebat dan berprestij berbanding nama-nama semutar.

Pemakaian semutar dalam masyarakat Kelantan melambangkan pekerjaan si pemakainya. Biasanya semutar akan dibuka semula untuk menyapu peluh atau pun digunakan untuk mengipas-ngipas badan apabila berehat dari bekerja. Berbeza sekali dengan tengkolok yang telah dibuat kekal untuk menampakkan kehebatan ikatannya.


SK? pernah tengok tok ayah n tok ber semutar

No comments: