Thursday, December 23, 2010

EBIET G.ADE

SK? kali ni nak kongsi cerita sket tentang seorang seniman yg bernama Ebiet G.Ade.
Ebiet adalah salah seorang penyanyi faveret saya.

Ebiet terkenal kerana lagu-lagunya yang bertemakan alam sekitar dan penderitaan golongan tersisih. Dengan lagu-lagunya yang ber-genre balada, pada awal kerjayanya, beliau 'memotret' suasana kehidupan Indonesia dari akhir tahun 1970-an hingga sekarang. Tema lagunya beragam, tidak hanya tentang cinta, tetap ada juga lagu-lagu bertemakan alam, sosio-politik, bencana, agama, keluarga, dll. Sentuhan muziknya dapat mendorong pembaharuan pada dunia muzik pop Indonesia. Kebanyakan lagunya ditulisnya sendiri, beliau tidak pernah menyanyikan lagu yang dicipta oleh orang lain, kecuali lagu Mengarungi Keberkahan Tuhan yang ditulis bersama dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Ebiet pernah berduet bersama M.Nasir sebagai artis undangan pada Konsert Akar.
Satu lagi yang menarik tentang Ebiet ialah beliau jarang menyanyi dengan berdiri di pentas.Ebiet lebih senang memetik gitar sambil duduk di kerusi..

Jom kita layan video Ebiet..





No comments: